Wednesday, August 12, 2009

Al-Fatihah Buat Toksu

Smalam dalam kul 10 malam…kita dapat panggilan telefon dari kakak ipar kita yang kat kg tu…kita mula2 main ngan dia tanya nak apa..tp rupanya dia call nak bgtau Toksu kita baru meninggal dunia..terkejut sgt kita rasanya..tetiba kita rasa pipi kita ada air jernih mengalir…setiap kenangan kita ngan Toksu terbayang2 di depan mata kita…Toksu tu bukanla sedara dekat tp kita rapat jugak dengan dia…kita membesar depan mata dia..apa yang kita ingat sejak kita lahir sampai umur kita lebih kurang 9 or 10 tahun Toksu akan datang setiap malam ke rumah kita…kecuali hujan atau dia sakit baru dia tak datang…Toksu datang untuk tgk tv..masih jelas di mata kita penjuru mana yang dia selalu duduk kat umah kita..memang penjuru tu je dia akan duduk..tak pernah berubah..dan yang paling kita tak bole lupa, setiap malam yang dia datang tu mesti ada makanan ringan untuk kita..keropok la, chikadies la..dan macam2 lagik..tak pernah lupa…itu yang buat kita sedih sgt…ada satu lagi…masa kecik2 dulu kita selalu pakai selipar jepun BATA yang warna putih tu…kita tak pasti skang ada lagi ke tak selipar tu..bila selipar tu putus je kita mesti jumpa Toksu mintak dia jahitkan…Hmmm…kalau nak tulis semua kenangan tu rasanya sampai esok pun belum abis lagik..Cuma yang pasti raya tahun ni kita mesti rasa kehilangan..kita selalu antarkan kuih n rendang di pagi raya untuk Toksu…tak lupa sumbangan yang tak berapa...tp tahun ni tiada lagi…Itula yang org selalu ckp…Kita akan lebih menghargai seseorg selepas kita kehilangan nya…Apapun kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan yang Maha Esa…Al-Fatihah…

No comments:

Post a Comment